Cpu | Spesifikasi | Kelebihan
& kelemahan | Perisian
Bagaimana
Komputer Berfungsi? | Masa Hadapan
CPU Mikropemproses
dan komponen
Dalam
sebuah komputer komponen terutama ialah CPU dan
komponen terdekat dengan CPU ialah mikropemproses.
Tanggapan yang salah selalu dilakukan oleh para
pengguna komputer ialah kekotak yang mempunyai pemacu
disket dan cakera keras itu adalah CPU. Sebenarnya
CPU hanyalah sebuah cip yang terletak pada papan
induk (motherboard). Namun begitu tanggapan ini
timbul kerana CPU hanyalah sebuah cip yang kecil dan
bagi memudahkan pengguna memahami apa dia CPU. CPU
atau Central Processing Unit dalam bahasa Malaysia -
Unit Pemprosesan Pusat adalah pusat segala kawalan
dan kegiatan komputer.
Pada
mulanya CPU yang dihasilkan ialah 8088 dan 8086 iaitu
komputer yang menggunakan cip Intel 8088 dan Intel
8086. Keupayaan pemprosesan yang dihasilkan ialah
8 bit dan keupayaan ingatan yang tertinggi ialah 4 MB
RAM. Cip Intel 8088 dan Intel 8086 berfungsi pada
kelajuan 8MHz dan 16MHz.
Cip
Intel 8088 dan Intel 8086 berfungsi pada kelajuan
8MHz dan 16MHz. Tetapi kini Pentium 100 yang
berfungsi pada 100MHz dengan 32MB RAM dengan
keupayaan memegang RAM maksium sebanyak 132M atau
lebih. Manakala storan cakera keras pada 8088 pula
adalah diantara 20MB dan 80MB dengan kelajuan capaian
yang rendah. Kini storan adalah melebihi 850MB atau
1.0 GB dengan kadar capaian yang lebih tinggi. Itulah
evolusi komputer.
Spesifikasi
Keperluan
CPU
yang digunakan jua bergantung kepada kegunaan dan
kehendak pengguna. Jika memerlukan komputer di
pejabat dan digunakan untuk menaip surat atau memo
komputer 486DX4/100 atau Pentium 75
dengan 8MB RAM dan 1.0GB cakera keras adalah baik.
Manakala untuk rangkaian pula komputer yang seusai
adalah Pentium 100 atau 133 dengan 32MB
RAM dengan 2GB cakera keras. Dan jika digunakan untuk
komputer grafik atau CAD dan DTP komputer terbaik
adalah Pentium 133 atau 166 dengan 32MB RAM
dan 2GB cakera keras berserta 2MB kad paparan grafik.
Komputer yang anda lihat di pasaran hanyalah komputer
biasa yang berasaskan mikropemproses Intel, AMD,
Cyrix atau NexGen (tetapi majoritinya Intel).
Komputer yang berkuasa tinggi tidak menggunakan Intel
atau seumpamanya tetapi menggunakan cip RISC,
contohnya komputer Silicon Graphics (digunakan untuk
Jurassic Park), IBM AS/400, Digital Alpha, Sun
Sparcstation digunakan sebagai komputer stesyen
kerja yang mampu menghasilkan pemprosesan yang tinggi
dan pengendalian beban kerja yang berat. Komputer
yang lain daripada kedua-dua kategori di atas ialah Macintosh
dan PowerPC yang menggunakan teknologi RISC
tetapi mempunyai rekabentuk yang berbeza daripada
Intel dan komputer-komputer RISC.
Kelebihan &
Kelemahan
Ciri-ciri
yang ada pada mikropemproses pada masa ini
kebanyakannya memenuhi standard dan keperluan
pengguna. Malah kemampuannya melebihi
penggunaan cpu oleh pengguna pc itu sendiri.
Pembuat mikropemproses itu sendiri akan bersaing
antara satu sama lain agar dapat mencipta
mikropemproses yang lebih laju dan murah. Ini
terbukti dengan teori Gordon Moore pada tahun 1965
yang menubuhkan Intel dengan Bob Noyce,
meramalkan bahawa kapisiti cip komputer akan berlipat
ganda setiap tahun. Beliau mengatakan ini berdasarkan
penelitian nisbah harga/prestasi cip komputer selama
tiga tahun terdahulu dan mengajurkannya ke hadapan.
Sebenarnya, Moore sendiri tidak percaya bahawa kadar
pembaikan ini akan lama berterusan. Akan tetapi
sepuluh tahun kemudian, ramalannya terbukti benar,
dan beliau meramalkan pula kapisiti akan berganda
setiap dua tahun. Sehingga hari ini ramalannya
didapati benar, dan puratanya-penggadaan setiap lapan
belas bulan-dirujuk di kalangan jurutera sebagai Hukum
Moore. Dengan kata lain, amat susah untuk menilai
kelemahan sesuatu mikropemproses kerana perbezaan
samada dari segi harga dan prestasi tidak jauh
bezanya. Mungkin bolehkah kita membandingkan
mikropemproses manusia iaitu otak? Sedangkan semua
kurnian Allah itu sama belaka.
Perisian
Kaitan
perisian dan sistem pengoperasian dengan
mikropemproses juga adalah amat rapat di mana ianya
bergantungan antara satu dengan yang lain. Windows 95
dan OS/2 hanya boleh digunakan dalam mikropemproses Intel,
AMD, Cyrix dan NexGen. Manakala System 7.5 hanya
sesuai untuk Apple Macintosh dan PowerPC. Perisian
terkini tidak boleh digunakan dalam komputer
terdahulu seperti 8088 hinggalah ke komputer 386
kerana perisian terkini menggunakan 32 bit dalam
pemprosesan dan pencapaian data. Contohnya Windows 95
tidak boleh digunakan dalam komputer 386 atau
sebelumnya kerana ia tidak mempunyai mikropemproses
yang mempunyai keupayaan ingatan simpanan 512 KB atau
lebih.
Bagaimana komputer
berfungsi?
Apabila
anda membuka komputer, ia akan membaca BIOS yang akan
mengarahkan pemeriksaan terhadap komponen komputer
seperti monitor, pemacu cakera liut, cakera keras,
kad bunyi, pencetak, tektikus dan papan kekunci. Jika
salah satu komponen didapati tidak berfungsi ia akan
memberikan tanda amaran dan meminta anda memasangnya
dengan betul. Setelah itu ia akan mencari sistem
pengoperasian dalam cakera keras anda samada DOS,
Windows 95 atau System 7.5 dan seterusnya melakukan
penentusahan komponen-komponen yang diperlukan
seperti RAM. Setelah komputer berfungsi dengan baik,
sistem pengoperasian akan memberikan baris perintah
jika DOS atau menghidupkan paparan Windows 95 atau
System 7.5.
Semasa
melakukan pemprosesan, data dipindahkan daripada
cakera keras ke dalam RAM dan cip ingatan akan
memegang data tersebut sehingga cip logik datang
mengambil data tersebut untuk diproses. Contohnya
semasa anda menaip sepucuk surat dalam Word 6.0, isi
fail akan disalin dan dipindahkan ke dalam cip
ingatan. Semasa melakukan penaipan teks setiap
tambahan dilakukan pada cip ingatan dan semasa hendak
melakukan penyimpanan cip logik akan mengambil fail
tersebut dan menulisnya ke dalam cakera keras. Tetapi
tambahan fail itu dimasukkan semula ke dalam cip
ingatan. tambahan fail itu dimasukkan semula ke dalam
cip ingatan.
Semasa
anda menjalankan sesebuah perisian contohnya Word 6.0
fail yang dijalankan ialah Winword.exe di mana fail
ini akan dimasukkan ke dalam cip ingatan dan dicapai
oleh cip logik untuk menjalankannya. Setiap komponen
Word 6.0 akan dipegang oleh cip ingatan dan semasa
anda ingin menggunakan satu-satu fungsi itu ia akan
dicapai oleh cip logik. Jika anda mahu mencetak
sesuatu fail itu, pertama ia akan dimasukkan ke dalam
cip ingatan dan cip logik akan berkomunikasi dengan
pencetak untuk mencetak keluar fail tersebut.
Penghantaran fail dari RAM ke perkakasan lain seperti
dari cakera keras ke cip ingatan dan seterusnya ke
pencetak dilakukan melalui bas iaitu satu saluran
perhubungan seakan lebuhraya dan data-data seakan
kenderaan yang melaluinya. Bas yang digunakan
bergantung kepada jenis mikropemproses yang digunakan
contohnya komputer 486 menggunakan VLB dan Pentium
menggunakan samada VLB atau PCI.
CPU
akan membahagikan dan mengagihkan segala kegiatan
yang terjadi dalam komputer. Bayangkan anda menaip
pada papan kekunci dan setiap huruf yang anda taip
muncul pada monitor dengan hanya sekelip mata. Ini
bermakna CPU melakukan proses seperti di atas dengan
kelajuan kurang daripada 1 saat. Pada masa yang sama
ia boleh mengendalikan tetikus dan melakukan
penyimpanan fail ke dalam cakera keras. Ini bermakna
lebih baik rekabentuk CPU atau mikropemproses lebih
laju dan cepat pemprosesan serta pengendalian data
dilakukan. Contohnya komputer 386/33MHz adalah lebih
perlahan berbanding dengan komputer Pentium 100 dari
segi pemprosesan dan capaian data. Segala pengagihan
dilakukan oleh cip logik dan ALU atau unit logik
aritmetik. Setiap kegiatan akan dialamatkan dan
dicapai dengan menggunakan alamat tersebut seperti
bank berurusan dengan pelanggan dengan menggunakan
nombor. Semasa membaca perenggan-perenggan di atas
anda dapat merasakan seakan komputer bertindak lambat
tetapi segala kegiatan yang dilakukan adalah mungkin
1000 kali ganda lebih cepat daripada masa yang anda
ambil untuk membaca perenggan-perenggan tersebut.
Secara amnya CPU adalah nadi kepada sistem komputer
tetapi ia bukan keseluruhan komputer yang sering
disebut-sebut.
Masa
hadapan
Sepuluh
tahun lalu Intel 1088 dicipta untuk memberikan
komputer peribadi yang sesuai pada masa itu. Pada
masa yang sama Macintosh juga mengendalikan komputer
peribadi yang tidak mempunyai rekabentuk yang sama
dengan Intel.
Setahun
kemudian lahir pula Intel 286 dan disusuli pula oleh
Intel 386 pada tahun 1989. Ia telah mengubah
rupabentuk komputer dan mengubah teknologi komponen
lain seperti cakera keras dan pemacu. Pada tahun 1991
lahir pula 486 yang lebih maju dan lebih baik
daripada 386 daripada pemprosesan serta pengendalian
data. Dengan 486 juga satu dimensi baru dalam
perisian muncul dan perisian 32 bit dalam pembikinan
oleh syarikat perisian. Dengan siri 486 terakhir
iaitu 486DX4/100 cip 486 akan ditamatkan
pengeluarannya pada 486 terakhir iaitu 486DX4/100
cip 486 akan ditamatkan pengeluarannya pada awal
1996 dan digantikan dengan Pentium. Pentium mempunyai
kelajuan pemprosesan yang terdiri daripada 60MHz
hinggalah 166MHz memberikan satu kuasa yang diimpikan
ke dalam rumah pengguna biasa dan tidak lagi hanya
digunakan oleh pengguna pejabat sahaja. Dengan
kehadiran perisian yang lebih canggih, perisian
komunikasi dan kelahiran video memerlukan sebuah
komputer yang mampu melakukan segalanya dalam satu
masa. Internet juga memerlukan sebuah komputer yang
canggih dengan kehadiran Java dan keupayaan capaian
yang lebih tinggi dalam internet. Maka kelahiran
Pentium Pro memberikan satu lagi kelebihan ke dalam
komputer peribadi biasa. Pentium Pro dengan
kelajuan 150MHz, 166MHz, 180MHz dan 200MHz
adalah komputer yang mampu menyaingi keupayaan
komputer RISC. Bagaimanakah bentuk komputer peribadi
dalam tahun yang mendatang? Pentium Pro hanya mampu
bertahan dalam 2 atau 3 tahun. Mungkinkah kita akan
mampu menggunakan komputer RISC kerana keupayaan
komputer seperti Pentium Pro hampir menyaingi RISC.
Intel mempunyai sebuah gabungan dengan Hewlett
Packard untuk menghasilkan sebuah cip baru ini kerana
Hewlett Packard banyak menghasilkan komputer RISC
selain IBM dan Sun Microsystems. Jadi kita kenalah
tunggu dari tahun ke tahun melihat apa yang
dihasilkan oleh mereka.
Rujukan
:
- Intel
- Advanced
Micro Devices (AMD)
- Cyrix
- Motorola
- Yahoo
- CPUs and Microcontrollers
Artikel
di atas dikompil dari artikel-artikel yang dikutip di
internet
Dikemaskini pada: 16 March
1999